Assalamualaikum, hello.
Sambungan dari Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 - Taman Safari Indonesia
On the way turun ke Jakarta kitorang singgah makan tengah hari di Rumah Makan Saung Mirah. Recommended by kaklong's friend. Melilau gak supir nak cari rumah makan ni. Biasanya supir akan suggest kedai kedai yang dia dapat komisen familiar atau famous. Dengan bantuan waze, segalanya mudah.
Posing dulu sementara tunggu makanan |
Rumah makan ni menyajikan pelbagai jenis makanan sunda & cina. Mengikut kepada waiter menu paling famous kat sini adalah ayam bakakak. Oleh kerana perut dah lapar, bila tengok menu tu semua pun nampak sedap. Nak salahkan siapa?
Ni adalah antara menu yang sempat tuan tanah ambil gambar. First time makan nasi yang dibakar dalam buluh. Rasanya nasi tu dah siap baru bakar kot? Sebab takde pulak rasa hangit ke. Rasa? Ok la so - so. Mungkin tak sampai ke lubuk hati yang paling dalam tapi kenyang gak perut. Rumah makan ni bersih & nampak mewah tapi sedihnya part surau. Alahai. Tempat ambil wudhu siap open berdepankan dapur.
Next kitorang teruskan perjalanan ke Jakarta semula dan berhenti di Grand Indonesia. Ni kira kali kedua tuan tanah ke sini. Dan sama macam dulu, kena scan badan & handbag untuk masuk ke dalam shopping mall ni.
Motif utama kami ke Grand Indonesia adalah untuk mencuba sendiri kehebatan & kesedapan desserts kat Magnum Cafe. Sumpah ni lah kali pertama tuan tanah nak cuba makan. Semua hanya kerana di Midvalley tu queue panjang sentiasa. Orang duk post sana sini, awak makan hati je.
Magnum Cafe terletak ditingkat 6 bahagian west mall. Masa jalan ke cafe ni, ada jugak nampak few cool cafes yang rasanya patut terjah. Tapi of course tak cukup masa nak cover semua.
Rasa happy gila nampak signboard ni. Tapi kenapa time ni rasa macam menang Masterchef pulak ek? |
Kebetulan masa kitorang datang cuma ada 1 geng yang tengah tunggu giliran so apa lagi masing masing posing lah. Abalong memang dah jadi jurugambar rasmi kitorang dah sepanjang trip ni. hehe
While waiting to be seated, diorang ada provide menu so mungkin boleh jimatkan masa bila dah dapat seat takdela terkial kial nak fikir nak makan apa. Tapi menu dia memang drool lah. Semua pun rasa nak cuba. Memang pening nak buat keputusan.
Suasana dari meja kitorang. P/s nak tunjuk brother ni sebenarnya. 2 jejaka makan kat Magnum. Sesuatu sangat. kihkih |
Pantang dapat duduk & tambah lagi masing masing ada data. Semua jadi anti social. Cakap bila perlu. Order straight to the point je. Dasar sungguh.
Tak sure Magnum Cafe yang lain, tapi kat sini ada band okay. Sementara tunggu makanan sampai layan band dulu. Lagu Foo Fighters, Matchbox 20. Memang megimbau kenangan lalu sungguh.
Nak jugak entraframe nak cakap betapa dekat jarak kitorang dengan band ni.
Ok get ready telan air liur atau leleh air liur.
![]() |
De Constructed Cheese Cake. Cheesecake layered with Belgium chocolate crispy & vanilla ice cream with chocolate and caramel sauce. Rp55,000 |
![]() |
Parfait de Blanc & Noir. Cookies cream topped with chocolate with brownie ice cream. Rp55,000 |
![]() |
Raspberry macaron with jelly & vanilla ice cream with chocolate sauce. Rp55,000 |
![]() |
The Grand Gaufre. Belgian waffles with chocolate & vanilla ice cream with melted chocolate milk. Rp65,000 |
![]() |
Frites de Brussels. Crispy fries with home made truffle mayonnaise. Rp35,000 |
Total kitorang spent kat sini Rp373,670 termasuk air. Nama menu tu dah semestinyalah kakjem refer website Magnum Cafe sendiri. Memang tidaklah nak ingat atau nak jot down kan. Kenyang gila makan kat sini. Ni memang dah kira dinner kitorang untuk hari tu. Patutlah branch kat Midvalley tu sentiasa ramai orang. Sedap sedap menu dia. Mungkin lepas ni kena cuba main course dia pulak. Ada ke kat Midvalley eh?
Settle makan kat sini, kitorang jalan jalan window shopping kat mall sebelum balik ke hotel semula. Angan angan tinggi konon balik nanti nak lepak borak borak la, nak main game la. Tapi semua bila nampak katil terus ke aktiviti utama iaitu TIDUR!
Rehatkan diri esok nak terjah Tanah Abang. Till then. Xoxo
makanan kat magnum cafe tu mmg mengancam kalbu betul
ReplyDeletememang semua mengancam kalbu. kalau perut ada 8TB space, dah lama makan macam macam
DeleteMengganggu emosi aku betol la nengok eskrim tuh...sedap tak? <-- soalan nak kena penampo
ReplyDeleteMengganggu emosi aku betol la nengok eskrim tuh...sedap tak? <-- soalan nak kena penampo
ReplyDeleteMengganggu emosi aku betol la nengok eskrim tuh...sedap tak? <-- soalan nak kena penampo
ReplyDeleteterganggu sungguh emosi ko sampai 3 kali post comment hahaha.
DeleteSedap sungguh nampak makanannya. DDekat magnum cafe tu, ada satu dish makan steak dengan coklat sauce, apa ke pelik sungguh laaa
ReplyDeleteerkkk steak ada chocolate sauce? 1. dah la mmg tuan tanah tak makan daging. 2. ada choc sauce? baik cicah sos hahaha
DeleteOrder tak ayam bakakak tu Naz
ReplyDeleteorder. tap rupa dia mcm ayam bakar wong solo je haha
DeleteMagnum .....mengacam jiwa sungguh
ReplyDeleteSangat nieda. mmg berbaloi rupanya orang orang kl ni beratur
Delete